RANGKAIAN KOMUNIKASI

Rangkaian komunikasi merangkumi dua bentuk seperti rangkaian komunikasi formal dan rangkaian komunikasi tidak formal. Dalam suatu organisasi, saluran formal “berwujud jalur komunikasi rasmi seperti yang tertampung pada peta organisasi dan disebutkan dalam deskripsi jabatan” (Redding dan Sanborn, 1964: 60). Saluran komunikasi formal adalah saluran yang terorganisasi dengan baik, selain dikenali sebagai saluran yang melembaga. Komunikasi formal digunakan pada majlis-majlis rasmi selain digunakan dalam sistem organisasi. Komunikasi secara formal amat penting bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan kepada pekerja khususnya dalam sistem organisasi.Ini akan membantu penyelarasan dalam sesebuah organisasi berjalan dengan lancar.

Berbeza dengan komunikasi tidak formal yang tidak terikat dengan sebarang etika semasa ingin menyampaikan maklumat. Komunikasi tidak formal juga berlaku dalam sistem organisasi, tetapi komunikasi ini berlaku secara tidak sengaja dan tidak dijangka akan berlaku. Saluran komunikasi ini akan berlaku diantara pekerja dengan rakan sekerja. Komunikasi tidak formal wujud dalam aktiviti seharian. Saluran komunikasi formal dan tidak fomal  wujud bagi memudahkan penyampaian maklumat namun begitu akan wujud juga halangan komunikasi semasa proses komunikasi.

NASIHAH SAKINAH BT KHALIB 203610

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: