Author Archive

KUMPULAN 32 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

MASALAH KOMUNIKASI

Masalah  Komunikasi

  • Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang bermakna. Dengan lain perkataan komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna, komunikasi seperti  alat penghubung antara manusia dengan lingkugannya dan manusia dengan dirinya sendiri .
  • Masalah komunikasi yang berlaku antara berkomunikasi itu berada banyak sebab yang menyebabkan iaitu :

-          Masalah yang disebabkan oleh penghantar dan penerima.

-          Masalah yang disebabkan oleh bahan atau maklumat terbahagi kepada 2 :

1-      Masalah qualiti bahan,termasuk ketepatan dan kejelasan kesulitan nilai yang sesuai atau sifat substansi.

2-      Masalah maklumat yang sangat lambat ,kelajuan atau frekuensi.

Media yang menyebabkan masalah dalam komunikasi iaitu terlalu kecil dan tidak ada tanda yang jelas dari objek media seperti isyarat gambar, simbol, tingkahlaku dan lain-lain.

YUSREE ALI 109481

KOMUNIKASI DEFINISI DAN KONSEP

Definisi Komunikasi

Mengikut dunia moden pada masa sekarang, komunikasi merupakan nilai-nilai teras untuk membuat hubungan antara satu sama lain kerana komunikasi ialah salah satu proses untuk pertukaran informasi ataupun data, untuk kefahaman di antara penghubung.

Konsep-konsep Komunikasi

Komunikasi melibatkan pancaran berasal secara lisan (verbal) dan bukan secara lisan (non-verbal) mesej. Di dalam komunikasi terdapat pengantar, penerima dan saluran dari komunikasi untuk proses pancaran maklumat dan sebagainya. Komunikasi merupakan bahagian yang penting dalam sosial sebab komunikasi interaksi, membuat manusia boleh tukar-menukar  idea-idea dan sikap.

TEERADET BIN-ALEE 109494

RANGKAIAN KOMUNIKASI

Rangkaian komunikasi merangkumi dua bentuk seperti rangkaian komunikasi formal dan rangkaian komunikasi tidak formal. Dalam suatu organisasi, saluran formal “berwujud jalur komunikasi rasmi seperti yang tertampung pada peta organisasi dan disebutkan dalam deskripsi jabatan” (Redding dan Sanborn, 1964: 60). Saluran komunikasi formal adalah saluran yang terorganisasi dengan baik, selain dikenali sebagai saluran yang melembaga. Komunikasi formal digunakan pada majlis-majlis rasmi selain digunakan dalam sistem organisasi. Komunikasi secara formal amat penting bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan kepada pekerja khususnya dalam sistem organisasi.Ini akan membantu penyelarasan dalam sesebuah organisasi berjalan dengan lancar.

Berbeza dengan komunikasi tidak formal yang tidak terikat dengan sebarang etika semasa ingin menyampaikan maklumat. Komunikasi tidak formal juga berlaku dalam sistem organisasi, tetapi komunikasi ini berlaku secara tidak sengaja dan tidak dijangka akan berlaku. Saluran komunikasi ini akan berlaku diantara pekerja dengan rakan sekerja. Komunikasi tidak formal wujud dalam aktiviti seharian. Saluran komunikasi formal dan tidak fomal  wujud bagi memudahkan penyampaian maklumat namun begitu akan wujud juga halangan komunikasi semasa proses komunikasi.

NASIHAH SAKINAH BT KHALIB 203610

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

Komunikasi lisan

Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.

Komunikasi bukan lisan

Komunikasi bukan lisan merupakan komunikasi yang tidak menggunakan percakapan.Komunikasi bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku dan unsur fizikal.Tingkah laku adalah seperti pergerakan badan dan intonasi.Komunikasi bukan lisan berunsur bukan fizikal terdiri daripada reka bentuk bangunan, kelengkapan dan perhiasan pejabat.

Kebaikan komunikasi lisan.

  1. Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima.
  2. Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.
  3. Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan.

Keburukan komunikasi lisan

  1. Penghantar tidak pandai berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan sempurna.
  2. Tiada rekod simpanan kekal kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap.
  3. Lebih senang untuk menyampaikan mesej kerana komunikasi lisan melibatkan bersemuka dan boleh bersoal jawab pada masa yang sama.

Kebaikan komunikasi bukan lisan

  1. Mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima
  2. Dalam bentuk rekod tetap dan boleh disimpan lama.
  3. Tiada had penerima maklumat seperti akhbar.

Keburukkan komunikasi bukan lisan

  1. Penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan tidak boleh menentukan pembacanya.
  2. Maklum balas tidak diterima dengan segera.
  3. Kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej yang diterima.

MUHAMMAD FARID KAMARUL BIN KAMARULZAMAN 203769

ETIKA BERKOMUNIKASI

Masyarakat menggunakan komunikasi untuk berhubung antara satu individu  dengan individu yang lain.Melalui komunikasi masyarakat atau individu dapat menyuarakan pendapat mereka dan juga untuk pergaulan sesama mereka.

Berikut adalah beberapa etika dalam berkomunikasi antara manusia dalam kehidupan seharian.

1. Jujur dan tidak berbohong
2. Bersikap Dewasa serta matang.
3. Mempunyai sifat yang terbuka dalam berkomunikasi
4. Menggunakan panggilan yang bersesuaian kepada seseorang individu
5. Menggunakan bahasa yang efektif dan efisien
6. Tidak terlalu emosional dalam sesuatu perbincangan
7. Berinisiatif sebagai pembuka bicara
8. Berbahasa yang baik, ramah dan sopan santun
9. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan atau tempat.
10.Mempunyai tingkah laku yang baik.

INTAN NURFARHANA BINTI KAMAROLZAMAN 203545

ALAT-ALAT KOMUNIKASI

Televisyen

Televisyen sentiasa dalam transisi merupakan medium utama dalam komunikasi melalui rancangan.Puratanya televisyen dipasang 8 jam sehari di dalam rumah,oleh itu ia mampu menjadi icon budaya dalam komunikasipada masa kini.Ia merupakan alat komunikasi satu hala yang mampu memberi maklumat seperti berita semasa dan dunia contohnya TV3,NBC, CBS dan sebagainya.Ia juga merupakan dwi-infrastruktur iaitu radio dan gambar yang mampu menigkatkan lagi penyampaian komunikasi.

INTERNET

Internet merupakan kelompok medium baru pada pertengahan 1990 hampir semua orang di bumi ini mempunyai komputer yang mampu melayari rangkaian atau “network”. Hanya dengan beberapa klick akan membawa maklumat yang banyak dalam informasi.hiburan dan terutama sekali amat berguna dalam komunikasi pantas.Misalnya Yahoo massenger,Skype,ICQ dan sebagainya .Internet merupakan interaktif yang berkemampuan untuk berkomunikasi secara zahir dan bukannya hanya mampu menerima pesanan tapi mampu berhubung melalui broadcasting secara “live” di mana sahaja di dalam dunia tanpa sempadan.

RADIO

Radio di mana sahaja dan sentiasa ada kerana signal yang dipancarkan dan dibawa melalui elektomagnetik spektrum yang berlegar di ruang atmosfera bumi.Radio juga digunakan secara meluas seperti jam radio,kotak musik,radio kereta dan radio hubungan jarak jauh.Berjuta di seluruh dunia bergantung kepada siaran langsung untuk mengemaskini maklumat pada setiap masa.Walaupun radio pada hari ini hilang pendengar setiap hari kerana pendengar berubah kepada alat yang lebih canggih tetapi industri radio sentiasa mencipta dan menaiktarafkan diri mereka untuk terus hidup dan berkembang di era moden ini.

TELEFON

Telefon merupakan alat elektronik yang digunakan dua bahagian lengkap atau duplex lengkap radio komunikasi dua hala.Ia merupakan alat mudah alih yang dicipta menyebabkan komunikasi menjadi liberal dan mudah kerana membenarkan penggunanya untuk menerima dan membuat panggilan daripada rangkaian awam termasuk telefon bimbit dan talian tetap diseluruh dunia.Ia merupakan alat komunikasi dua hala yang  mampu memberi dan menerima tindak balas secara langsung

Muhamad Shazwi Bin Abd Razak 204005

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.